pendaftaran 2010
Tuesday, December 29, 2009
Foto di sebelah menunjukkan guru-guru berbual sesama sendiri sambil menanti ibu bapa datang bagi menjelaskan yuran persekolahan 2010. Dalam ramai-ramai tu, sebenarnya hanya ada seorang ibu bapa!
"4A tu kelas keempat?" Saya bertanya spontan sebaik melihat senarai di papan hijau.
Berderai ketawa rakan-rakan sejawat.
"Oo, cikgu Azman ingat kelas A tu kelas pertama." kata seorang cikgu veteran.
Sempat saya terfikir adakah saya mencari 'bala' dengan meninggalkan prasekolah dan masuk ke aliran perdana?
Namun cepat saya tukarkan persepsi bahawa bukan bala yang saya kehendaki tetapi pahala.
Cabaran awal saya lalui dalam dua hari ini. Semalam tidak ada seorangpun ibubapa atau penjaga murid yang datang membayar yuran. Hari ini, saya menanti lagi di dalam kelas. Sejak pukul 8.30 pagi hingga sekarang (10.20 pagi) baru ada lima orang yang membayar yuran persekolahan 2010 anak mereka.
Bagaimana pula anak-anak mereka yang akan menjadi murid 4 Arif itu nanti?
0 comments:
Post a Comment