Cheguman menulis lagi...

pendaftaran 2010

Tuesday, December 29, 2009




Foto di sebelah menunjukkan guru-guru berbual sesama sendiri sambil menanti ibu bapa datang bagi menjelaskan yuran persekolahan 2010. Dalam ramai-ramai tu, sebenarnya hanya ada seorang ibu bapa!

"4A tu kelas keempat?" Saya bertanya spontan sebaik melihat senarai di papan hijau.

Berderai ketawa rakan-rakan sejawat.

"Oo, cikgu Azman ingat kelas A tu kelas pertama." kata seorang cikgu veteran.

Sempat saya terfikir adakah saya mencari 'bala' dengan meninggalkan prasekolah dan masuk ke aliran perdana?

Namun cepat saya tukarkan persepsi bahawa bukan bala yang saya kehendaki tetapi pahala.

Cabaran awal saya lalui dalam dua hari ini. Semalam tidak ada seorangpun ibubapa atau penjaga murid yang datang membayar yuran. Hari ini, saya menanti lagi di dalam kelas. Sejak pukul 8.30 pagi hingga sekarang (10.20 pagi) baru ada lima orang yang membayar yuran persekolahan 2010 anak mereka.

Bagaimana pula anak-anak mereka yang akan menjadi murid 4 Arif itu nanti?

Read more...

Iklan Morhabshi dalam blog


Bagi yang mengenali saya, pasti tahu bahawa ini bukan blog pertama atau satu-satunya blog yang saya bina dan kendalikan setiap hari. Namun, walaupun konsep setiap blog tersebut berbeza, terdapat satu persamaan ketara: iklan minyak Morhabshi!

Seorang rakan pernah menegur hal tersebut dalam Facebook dan mudah sahaja jawapan saya:

"Engkau pernah tengok akhbar atau TV yang tiada iklan? Blogger pun ada keluarga yang perlu disara."

Kenapa blog ini bernama 4A2010?

Tunggu...


Read more...

Bertukar angin

Monday, December 28, 2009




Sebelum sesi persekolahan 2009 ditutup aku menjengah bilik GPK1. Kak Jun sedang sibuk dengan kertas-kertas yang bertaburan di atas meja.

Setelah memberi salam, saya duduk di depannya. "Saya ingat nak bertukar angin lah tahun depan." kataku cuak.

GPK1 yang kupanggil Kak Jun memandangku kehairanan. "Nak tukar ke mana?"

"Bukan nak pindah sekolah. Cuma nak beralih daripada kelas prasekolah ke kelas perdana." (kelas perdana bermaksud Tahun 1 hingga Tahun 6).

Maka saya menerangkan pada beliau bahawa selain bertukar angin saya juga mahu memberi peluang kepada seorang guru wanita yang sudah dua tahun berada di sekolah itu yang mempunyai Diploma Pendidikan Prasekolah tetapi belum berpeluang mengajar di prasekolah.

"Nanti akak bincangkan dengan GB."


Read more...

To Sir With Love



Ketika blog ini masih dalam imaginasi, tiba-tiba saya teringat tajuk filem tersebut.

Bukan sahaja filem Inggeris, drama-drama tempatan berkenaan guru yang sering disiarkan terutama menjelang Mei memang menghiburkan. Lebih tepat lagi, mengharukan.

3 Disember 1990 ialah hari pertama saya melaporkan diri di sebuah sekolah rendah di Jengka Pahang. Saya bertemu Guru Besar sekolah itu di koridor sekolah ketika ibu bapa sedang sibuk mendaftarkan anak mereka. Kesuntukan masa, maka beliau meminta saya menemuinya pada waktu tengahari dan berlalu setelah meminta sebatang rokok.

1990, guru-guru bebas merokok di mana sahaja di kawasan sekolah termasuk di dalam bilik GB ataupun bilik mesyuarat!

Kini sudah hampir 20 tahun berlalu. Barangkali GB itu dah pun bersara.

Saya sudah bergelar guru siswazah dengan pengkhususan Pendidikan Prasekolah.

Sedar tak sedar, sudah 20 tahun berada dalam dunia pendidikan bergelar GURU @ cikgu!

Read more...

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP