Pendidikan jasmani tahun 3 pundi kacang
Thursday, May 14, 2015
Walaupun nampak macam aktiviti biasa namun banyak nilai yang boleh dibina melalui aktiviti ini.
Kepimpinan
Semasa membentuk kumpulan akan ada murid yang cuba untuk memimpin rakan-rakannya.
Fokus pada tugas
Setiap murid perlu sentiasa bersedia untuk menerima pundi kacang daripada rakan di sebelah kirinya kerana dalam permainan ini dua pundi kacang berlegar serentak.
Interaksi dan kemesraan
Murid perlu memanggil nama penerima sebelum melontar kerana akan ada yang leka melihat pundi kacang lain yang sedang berlegar.
Kesinambungan
Murid menyedari bahawa walauoun dia sudah menyambut dan menghantar pada orang lain, dia perlu bersedia untuk menerima tugasan baru kerana pundi kacang kedua akan tiba dalam masa yang singkat.
Mesej tambahan: jangan sibuk hal orang lain
Murid yang asyik lihat rakan akan terlupa apabila pundi kacang lain tiba padanya (satu kumpulan terdiri 5 orang dan 2 pundi kacang berlegar serentak)
0 comments:
Post a Comment